Tazkirah Jumaat – 14 Ogos

puasa-11

Mencari Kesempurnaan Ramadhan

Oleh : DarulHikmah

Ibadah puasa merupakan salah satu rukun islam. Ia merupakan ibadah fardhu yang diwajibkan ke atas umat islam yang cukup syaratnya khusus pada bulan Ramadhan. Perkara ini jelas dinyatakan oleh Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat ke-186:

Ibadah puasa merupakan salah satu rukun islam. Ia merupakan ibadah fardhu yang diwajibkan ke atas umat islam yang cukup syaratnya khusus pada bulan Ramadhan. Perkara ini jelas dinyatakan oleh Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat ke-186:

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaiman diwajibkan keatas orang yang terdahulu sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”

Justeru, kedatangan Ramadhan dilihat oleh mereka yang meyakini hari akhirat sebagai satu hadiah daripada-Nya. Hal ini kerana, Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan. Tetapi, apakah panduan kita dalam mencapai kesempurnaan puasa yang merupakan ibadah khusus sepanjang bulan tersebut?

IMAM Al-Ghazali, dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, beliau menghuraikan enam cara mencapai kesempurnaan puasa di kalangan orang beriman dan bertaqwa, iaitu:

1.Menahan pandangan daripada segala kecelaan termasuk melakukan perkara makruh serta mengelak daripada kelalaian mengingati dan mengerjakan suruhan Allah.

2.Menjaga lidah daripada bercakap sesuatu yang sia-sia seperti berdusta, mengumpat dan mencarut, sebaliknya memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran.

3.Menjaga pendengaran daripada mendengar kata-kata tidak baik kerana setiap yang haram diucapkan haram juga mendengarnya. Satu hadis Rasulullah saw menjelaskan yang mengumpat dan yang mendengar turut terikat dalam dosa.

4.Mencegah anggota tubuh lain seperti kaki dan tangan melakukan maksiat dan perkara mungkar selain mengelak memakan makanan subahat dan haram.

5.Tidak berlebih-lebihan menikmati makanan ketika berbuka kerana tindakan itu mengurangkan hikmah puasa.

6.Membersihkan hati dan meminta keredaan Allah agar puasa kita diterima dan mutu puasa dapat ditingkatkan lagi.

Mengenai sedekah, Rasulullah saw bersabda, maksudnya: “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan.”

Setiap umat Islam harus berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan pada bulan Ramadan. Ini kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah pada hari akhirat kelak.

Bersedekah bukan hanya memberikan wang, malah termasuk mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang berpuasa. Amalan bersedekah perlu ikhlas, bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Dengan bersedekah seseorang itu dapat menghakis sifat kedekut di samping mengeratkan ikatan kemesraan dalam masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhanniyy ra bahawa Rasulullah saw ada bersabda, bermaksud: “Barang siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa, dia akan beroleh ganjaran seperti orang yang diberi makan itu tanpa sedikit pun kekurangan daripada pahala orang yang berpuasa itu.” – Hadis riwayat Al-Tarmizi.

Sumber:

www.jais.gov.my

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Flickr Photos

P1000219P1000218P1000217P1000216P1000215P1000214P1000213P1000211P1000210

Featured Video

Animated Tag Cloud

Capaian