On Contemporary Da’wah – Siri 4

jalan-dakwah

Diterjemah oleh : Saudari Mahirah Kamil Puat (Final Med RCSI)

Matlamat yang Jelas

Jika anda bercita-cita melihat Dakwah menjadi kuat & berkesan dalam mengkaderkan pengikut yang akan membantu & menyokongnya, maka anda perlu jelas dalam menyampaikan & menunjukkan matlamat Dakwah. Anda perlu menerangkan kebenaran yang anda pegang dengan penuh semangat & cara yang paling jelas. Pada masa yang sama, cara yang kurang jelas & menyeleweng tidak akan mencapai matlamat yang dicita-citakan. Ini bermakna setiap individu pendakwah perlulah memahami isi kandungan Dakwah mereka, cara-cara untuk melaksanakan Dakwah serta tujuan setiap cara itu diambil. Kurangnya pemahaman dalam perkara-perkara ini akan membawa kepada ketidak berkesanan serta kacau bilau di antara peringkat pertama & peringkat seterusnya dalam dakwah, justeru membawa kepada pelbagai kesilapan & kehilangan arah tuju.

Matlamat-matlamat Dakwah dapat dilihat melalui Sirah Nabawiyah. Dakwah Rasulullah s.a.w. amat jelas & fokus dari permulaannya. Ia adalah seruan kepada seluruh umat manusia kepada penghambaan kepada Allah semata-mata, serta meninggalkan segala sesuatu yang disembah selain Allah berupa berhala, pemimpin yang zalim, keinginan serta hawa nafsu. Rasulullah s.a.w. kemudiannya mencari tempat yang selamat bagi Dakwah dan pengikutnya, yang seterusnya menjadi tapak permulaan bagi kekuasaan Islam di dunia. Pada masa itu Allah telah membantu baginda melalui penduduk Yathrib (kemudian dikenali sebagai Madinah) apabila mereka memeluk Islam, dan Dakwah pada masa itu tertumpu kepada pembentukan sebuah negara. Selepas itu, negara Islam Madinah bergerak ke peringkat jihad mempertahankan diri dan kemudiannya jihad supaya agama hanya bagi Allah semata-mata (Surah Al-Baqarah 2:193).

Matlamat yang jelas serta kesungguhan mencapainya menyebabkan ramai penduduk Tanah Arab pada masa itu mengagumi seruan Dakwah serta Pendakwahnya yang utama (Rasulullah s.a.w.). Ini kerana kesungguhan menyebarkan kebenaran Islam & mempertahankannya menyedarkan ramai orang, dan menyebabkan mereka berfikir bahawa jika Dakwah ini tidak benar, maka pendokongnya tidak akan mempertahankannya dengan penuh kesungguhan. Kesungguhan ini membuahkan kejayaan, maka ini juga menjadi salah satu faktor ramai orang akhirnya menyokong Rasulullah s.a.w.. Dakwah yang benar akan mencapai kejayaan walaupun hanya di peringkat atau masa tertentu, kerana Allah berkuasa terhadap urusanNya (Surah Yusuf 12:21). Sebaliknya kegagalan Dakwah dari masa ke semasa, adalah petunjuk bahawa individu pendakwah masih belum membezakan antara matlamat dan cara; terburu-buru pada masa kesabaran diperlukan dan lambat apabila sesuatu yang segera perlu dilakukan.

Pada masa ini, banyak pemimpin bukan Muslim telah menyatakan matlamat serta menggunakan cara yang jelas untuk mencapainya dan hasilnya berjaya mencapai apa yang mereka cita-citakan. Salah seorang daripada pemimpin itu berkata: ‘Adalah mustahil untuk suatu kumpulan untuk terus bergerak & memperoleh kejayaaan melainkan ia mempunyai idea & kepercayaan yang kukuh, serta cara yang jelas untuk mencapainya.’ Amal Islami juga tidak mempunyai alternatif melainkan mempunyai matlamat & gerak kerja yang jelas untuk memastikan kemandirian dakwah.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Flickr Photos

P1000219P1000218P1000217P1000216P1000215P1000214P1000213P1000211P1000210

Featured Video

Animated Tag Cloud

Capaian