Pengenalan
Pengenalan:
Lajnah Tarbiah dan Dakwah (LTD) merupakan sebuah lajnah di dalam organisasi Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI). Ia bertanggungjawab dalam melaksanakan pelbagai program yang berunsurkan tarbiyah dan juga dakwah kepada pelajar-pelajar Islam yang menuntut di Ireland.
Objektif:
1. Memperkasakan institusi Nuqaba’
- Menyediakan platform kepada para nuqaba’ untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman mengenai ilmu-ilmu Islam seperti akidah, feqah dan sebagainya.
- Menyediakan program-program yang berunsurkan self-development seperti program motivasi, kemahiran berkomunikasi dan berdakwah.
2. Memantapkan tarbiah dan tsaqafah ahli
- Memupuk semangat tarbiah di kalangan ahli-ahli PPIMI
- Menyediakan dan menguruskan program-program tarbiah untuk ahli
- Menerapkan nilai-nilai murni Islam di dalam diri para ahli
3. Memperkasakan Usrah (Circle&RnR) dan Halaqah
- Meningkatkan penyertaan ahli dalam setiap program usrah dan halaqah
- Menguruskan silibus-silibus usrah dan halaqah








